bookmark_border10 idea bisnes di internet tanpa produk sendiri

Perniagaan internet

Anda ingin menjana pendapatan pada tahun 2023 ini menggunakan internet tetapi tidak mempunyai idea dan produk sendiri?

Pada kali ini, saya kongsikan dengan anda 10 idea perniagaan internet yang boleh anda mulakan hari ini.

1. Dropship

Anda boleh bermula berniaga dengan menggunakan model dropship. Model perniagaan ini amat mudah kepada peniaga yang baru ingin memulakan perniagaan. Anda menjual produk keluaran orang lain dan mendapat untung dari setiap produk yang berjaya anda jual. Anda boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp atau laman web atau blog untuk mempromosikan produk. Anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. Anda menerima bayaran daripada pelanggan dengan harga jualan dan anda membayar kepada pengeluar dengan harga agen. Anda akan mendapat untung bersih. Proses penghantaran produk kepada pelanggan anda diuruskan oleh pengeluar produk.

2. Menghasilkan produk informasi atau kursus digital

Orang menggunakan internet untuk mendapatkan informasi selain daripada berkomunikasi. Anda boleh menghasilkan produk informasi seperi ebook tentang pengetahuan dan kepakaran anda dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, anda mahir dalam membuat kek. Anda boleh menulis ebook cara membuat pelbagai jenis kek dan menjual ebook anda kepada orang yang mula belajar membuat kek. Kos menghasilkan ebook sangat rendah dan anda boleh menjualnya berulang kali. Jika anda mahir dalam design menggunakan aplikasi tertentu atau membina laman web atau blog, anda boleh menghasilkan tutorial dalam bentuk video atau gabungan video dan ebook.

3. Menghasilkan video

Penggunaan video semakin popular pada masa kini dalam perniagaan. Ramai peniaga menggunakan Youtube dan Facebook Live untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Anda boleh menghasilkan video tentang minat anda. Jika anda minat memasak makanan tradisional , rekod video anda memasak dan upload ke Youtube. Anda tidak perlu membeli kamera yang mahal cukup dengan menggunakan telefon anda sendiri. Anda akan mendapat bonus dari Youtube jika ramai yang menonton dan subscribe channel Youtube anda.

4. Menulis blog

Anda boleh menghasilkan blog tentang kepakaran anda atau hobi anda. Anda boleh menulis resipi membuat kek dan petua menghasilkan kek yang sedap. Anda juga boleh menulis tentang cara menurunkan berat badan berdasarkan pengalaman anda dan petua menjaga kesihatan. Banyak lagi topik yang boleh anda kongsikan dalam blog dengan orang lain. Paling penting topik yang anda pilih memberi informasi yang berguna kepada pembaca sasaran. Apabila ramai yang melawat blog anda, anda boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

5. Menjadi agen affiliate

Anda boleh mendaftar menjadi agen affiliate kepada sesuatu produk orang lain. Anda membantu mempromosi produk orang lain dengan menggunakan link khas yang diberikan oleh pengeluar produk. Anda boleh meletakkan link khas tersebut dalam wall Facebook, laman web serta blog anda. Jika followers Facebook atau pembaca blog anda menekan link khas tersebut dan membuat pembelian, anda akan diberi komisen oleh pengeluar produk tersebut. Anda boleh mendapat komisyen sehingga 50% bagi produk informasi digital sepert ebook dan panduan video.

6. Menyediakan perkhidmatan menulis copywriting

Jika anda mempunyai bakat dan minat mendalam dalam menulis, anda boleh menghasilkan pendapatan dengan menulis copywriting untuk mempromosikan produk orang lain. Copywriting adalah satu seni menulis iklan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk.

7. Menyediakan perkhidmatan design

Anda boleh menghasilkan design untuk logo, banner majlis, kad kahwin dan baju. Anda juga boleh design cover untuk ebook dan banner laman web atau blog. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam design untuk membantu ramai peniaga membina branding perniagaan mereka.
Anda boleh mencontohi jutawan internet Malaysia saudara Irfan Khairi yang menggunakan bakat dan kemahiran beliau dalam design untuk menghasilkan keuntungan RM 1 juta ringgit pada umur 25 tahun.

Ikuti kisah beliau dalam artikel berikut:-

Rahsia seorang designer menjadi jutawan internet dengan pantas

8. Membina laman web

Laman web amat penting dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan selain dari media sosial. Laman web dapat memberi imej yang profesional kepada peniaga dan menambahkan kredibiliti perniagaan. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membina laman web yang lebih murah dari syarikat perkhidmatan laman web yang lebih besar.

Jika anda ingin belajar langkah-langkah membina laman web perniagaan dari kosong sila klik pautan berikut:-

Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

9. Menyediakan perkhidmatan pemasaran internet

Anda boleh membantu perniagaan memasarkan produk dan perkhidmatan menggunakan internet. Anda boleh menyediakan perkhidmatan menulis kempen pemasaran menggunakan platform Facebook Ads atau Google Ads yang dapat mendatangkan keuntungan. Anda dapat membantu peniaga kurang mahir atau syarikat baharu yang perlu menghabiskan masa dan wang untuk belajar menggunakan pemasaran internet.

10. Menjadi penulis kandungan dan perkhidmatan SEO

Anda boleh menyediakan perkhidmatan menulis isi kandungan untuk page Facebook, laman blog atau web peniaga lain. Post dan artikel dalam media sosial serta laman web perlu sentiasa dikemaskini untuk menarik ramai pelanggan. Peniaga tiada kesempatan untuk selalu mengemaskini kandungan kerana sibuk menumpukan perhatian kepada pengurusan bisnes.

Anda juga boleh belajar tentang SEO ( Search Engine Optimization). SEO ialah cara untuk memastikan laman web pelanggan sentiasa berada di atas dalam carian di Google dengan menggunakan kata kunci tertentu. Sebagai contoh, jika pengguna menulis kata kunci ‘Cara membuat kek ‘, enjin carian akan memaparkan laman web anda tentang cara membuat kek di ranking yang paling atas atau di page pertama enjin carian Google. Pengguna biasanya akan klik laman web yang berada di paling atas. Laman web anda akan menarik lebih ramai pengunjung. Apabila anda menjadi pakar dalam SEO anda boleh menarik minat perniagaan untuk menggunakan khidmat anda.

Anda boleh baca artikel:- 8 Teknik Asas SEO dalam perniagaan internet

Teruskan membaca artikel yang terdapat dalam blog ini untuk mendapatkan ilmu perniagaan internet supaya dapat membantu anda menambahkan pendapatan.

Anda boleh membaca artikel berikut yang berkaitan dengan perniagaan internet: –

i. Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

ii. Rahsia menjadi jutawan internet dengan pantas

Langkah seterusnya, anda perlu mendaftar perniagaan internet. Anda boleh membaca artikel berikut untuk mendaftarkan perniagaan anda secara online:

Daftar dan Perbaharui Lesen Perniagaan secara online

Please share

bookmark_borderEbook Panduan Pengurusan Kewangan Peribadi untuk Penjawat Awam

Fakta yang cukup membimbangkan!!!

Jumlah hutang terkumpul penjawat awam sehingga Februari 2018 adalah sebanyak RM 236 bilion. ( Berita Harian Online 23 September 2020 )

Seramai 1,093 penjawat awam diisytihar bankrap pada tahun 2016 meningkat dari jumlah kes bankrap pada tahun 2015 iaitu sebanyak 960 kes. ( Berita Harian Online 8 Mac 2017 )

50 peratus gaji kakitangan awam digunakan untuk membayar hutang. ( Bank Negara Malaysia )

Masalah kewangan yang selalu dihadapi penjawat awam:

  • Terlalu banyak hutang sehingga terpaksa meminjam dari Ah Long yang boleh membayakan diri sendiri dan keluarga
  • Disytiharkan bankrap oleh pihak bank kerana tidak mampu membayar hutang menyebabkan hidup tidak tenang.
  • Gaji setiap bulan habis begitu sahaja tanpa ada simpanan.
  • Tidak tahu cara menguruskan kewangan peribadi dengan berkesan.

Anda tidak mahu mengalami masalah kewangan dan jatuh bankrap? Anda boleh mengelak daripada terjerumus ke dalam masalah kewangan yang teruk dengan merancang kewangan anda bermula dari sekarang!!!

Dapatkan SEGERA Pakej Mudah Urus Kewangan Peribadi Khas Untuk Penjawat Awam

Kenapa anda perlu memiliki pakej ini?

  • Pakej ini DITULIS OLEH PENJAWAT AWAM sendiri yang lebih memahami masalah kewangan penjawat awam.
  • Anda TIDAK PERLU MENGHABISKAN WANG yang banyak untuk membeli buku pengurusan kewangan di luar.
  • Anda TIDAK PERLU MEMBACA BERATUS-RATUS MUKA SURAT untuk mendapatkan ilmu pengurusan kewangan.
  • Anda dapat belajar menguruskan kewangan dengan MUDAH dan BERKESAN dengan syarat anda perlu mempraktikkan setiap langkah yang terdapat dalam pakej ini.

Pakej ini mengandungi:

Templat Pengesan Perbelanjaan Harian
Templat Perancangan Aliran Tunai Bulanan
Templat Rancangan Perbelanjaan Tahunan
  • Ebook Teknik Pengurusan Kewangan Peribadi Penjawat Awam
  • Lampiran Alat Perancangan Kewangan Peribadi Penjawat Awam
  • BONUS!!! Anda akan mendapat emel setiap minggu selama setahun tentang teknik-teknik pengurusan kewangan peribadi secara PERCUMA!

Dapatkan SEGERA pakej ini dengan hanya: –

RM 20 SAHAJA!!!

Dapatkan segera pakej ini untuk membantu anda menguruskan kewangan peribadi anda supaya kehidupan anda lebih BAHAGIA dan TENANG tanpa masalah kewangan.

Klik link berikut untuk mendapatkan pakej:-

–>Pakej Pengurusan Kewangan Peribadi Penjawat Awam<–

ANDA BOLEH DAPATKAN WANG ANDA SEMULA DALAM MASA 7 HARI DARI TARIKH PEMBELIAN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PAKEJ INI.

Please share

bookmark_borderPanduan Urus Bisnes Enterprise

Anda baru daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mulakan bisnes pada tahun 2023 ini?

ATAU

Anda sudah lama daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tetapi perniagaan enterprise anda tidak mencapai keuntungan yang anda harapkan.

Apakah tujuan anda untuk mula berniaga dahulu?

Pastinya untuk mendapatkan keuntungan!!!

Anda mesti mahu perniagaan anda sentiasa mendapatkan keuntungan, berkembang dan sentiasa bertahan walaupun perniagaan anda merupakan perniagaan enterprise.

Bagaimanakah caranya untuk menguruskan bisnes enterprise anda supaya terus maju dan tidak mengalami kerugian?

Anda perlu menguruskan bisnes enterprise anda seperti gaya korporat.

Anda ingin tahu caranya untuk urus bisnes enterprise dengan betul?

>>>SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN<<<

Jika anda belum mendaftarkan perniagaan enterprise anda, sila klik link berikut untuk mendaftarkan perniagaan anda secara online:

>>>Daftar dan Perbaharui Lesen Perniagaan Anda.<<<

Anda boleh membaca artikel berikut yang berkaitan:

Please share

bookmark_borderEbook Langkah-langkah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

KENAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI LAMAN WEB DALAM PERNIAGAAN?

Laman web perniagaan merupakan papan tanda dan kad nama bagi perniagaan anda di Internet.

Laman web perniagaan menjadikan imej perniagaan anda nampak lebih profesional seterusnya meningkatkan keyakinan pelanggan anda.

Kos pemasaran di media sosial seperti Facebook Ads semakin meningkat dan kadar reach semakin berkurang.

Laman web perniagaan dapat membantu meningkatkan lagi sales perniagaan anda di internet kerana kadar persaingan yang masih rendah berbanding di media sosial.

Anda mungkin menghadapi masalah-masalah berikut untuk membina laman web perniagaan anda sendiri:

  • Anda tidak mempunyai ilmu untuk membina laman web perniagaan dengan mudah
  • Anda tidak mempunyai modal yang banyak untuk mengupah pereka laman web profesional.
  • Anda hanya bergantung kepada media sosial untuk memasarkan perniagaan anda.
  • Anda tidak mempunyai modal kewangan dan masa untuk mengikuti bengkel membina laman web perniagaan.

Anda boleh menyelesaikan masalah anda tersebut dengan memiliki:-

Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

Kandungan ebook ini:

  • Langkah-langkah membeli domain name dan pakej hosting
  • Langkah-langkah membina laman web dari kosong sehingga siap tanpa menulis kod aturcara dan kemahiran teknikal yang tinggi.
  • Panduan meletakkan laman web anda di kedudukan yang teratas dalam search engine seperti Google Chrome.
  • Panduan mereka bentuk laman web perniagaan yang mesra pengguna dan menarik.

Anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk memiliki laman web perniagaan sendiri apabila anda memiliki ebook ini.

Anda juga tidak perlu membuang masa membaca buku tutorial yang beratus-ratus muka surat untuk belajar membina laman web perniagaan anda sendiri.

Anda akan mendapat BONUS:

Teknik-teknik pemasaran internet setiap minggu selama 1 tahun melalui emel anda.

Dapatkan segera dengan hanya

RM 30 SAHAJA!!!

>>> KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK <<<

Please share

bookmark_border8 Teknik Asas SEO dalam perniagaan internet

Teknik Asas SEO

Apakah itu SEO?

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. SEO memastikan laman web anda berada di kedudukan teratas dalam enjin carian seperti Google untuk keyword yang tertentu. Sebagai contoh, jika pelawat laman web menaip keyword produk menguruskan badan, laman web anda yang menjual produk menguruskan badan akan terpapar di kedudukan pertama atau dalam halaman pertama enjin carian seperti Google. Pelawat biasanya akan klik laman web yang berada di atas sekali, kedua, ketiga atau laman web seterusya yang terletak di halaman yang pertama.

Berikut adalah teknik-teknik asas SEO:-

  1. Memastikan kandungan laman web anda lengkap dan padat berkaitan keyword. Jika laman web anda menjual produk kuruskan badan, anda perlu memasukkan atau menulis banyak artikel atau post tentang cara-cara kuruskan badan.
  2. Memastikan anda meletakkan keyword dalam tajuk setiap artikel yang terdapat dalam laman web. Contoh anda memilih keyword kuruskan badan, anda perlu memastikan terdapat ayat kuruskan badan dalam semua tajuk (headlines) semua artikel anda.
  3. Memastikan anda memasukkan kandungan yang terkini atau sentiasa kemaskini artikel terkini dalam laman web anda supaya laman web anda sentiasa updated.
  4. Anda perlu membuat kajian tentang keyword yang selalu pengguna taip di enjin carian berkaitan dengan produk anda. Contohnya, jika pengguna ingin mencari produk untuk menguruskan badan, apakah keyword yang akan pelawat selalu taip di enjin carian. Kajian ini amat penting untuk memastikan anda memilih keyword yang betul dan laman web anda dijumpai dalam enjin carian. Anda boleh gunakan Google Keyword Planner untuk mengetahui keyword yang kerap digunakan oleh pengguna internet untuk mencari sesuatu maklumat atau produk.
  5. Anda perlu mengkaji kehendak sebenar pengguna. Apa yang sebenarnya pengguna cari? Jika pengguna ingin menguruskan badan dalam masa yang singkat, anda perlu memasukkan banyak kandungan yang sesuai dengan kehendak spesifik pengguna seperti petua menghilangkan berat badan dalam masa yang singkat.
  6. Anda perlu memastikan laman web anda mesra telefon pintar (mobile-friendly) kerana pada tahun 2018 pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet di Malaysia ialah 93.1% berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  7. Anda perlu memastikan setiap pautan ( url ) semua post yang anda tulis mengandungi keyword. Jika keyword yang anda pilih ialah kuruskan badan, setiap tajuk dan url post tersebut mengandungi keyword kuruskan badan supaya mudah dicari oleh enjin carian.
  8. Anda perlu berkongsi setiap artikel atau post di dalam laman web anda dengan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya untuk menarik aliran trafik dari media sosial seterusnya dapat meningkatkan kedudukan laman web anda dalam enjin carian.

Ada banyak lagi teknik-teknik SEO yang boleh dilakukan. Pada peringkat permulaan, anda boleh cuba mengaplikasikan 8 teknik asas SEO tersebut untuk memastikan laman web anda berada di kedudukan pertama dalam enjin carian.

Please share

bookmark_border4 langkah menggunakan emosi manusia untuk marketing

Menurut pakar pemasaran di dunia, Brian Tracey, orang membeli kerana EMOSI. Terdapat 4 faktor emosi pelanggan yang boleh kita gunakan dalam kempen pemasaran produk atau perkhidmatan kita.

1. Orang membeli kerana TAKUT

Orang membeli sesuatu produk atau perkhidmatan kerana mereka takut masalah mereka tidak dapat diselesaikan. Contohnya mereka takut jerawat yang tumbuh di muka tidak dapat hilang, takut badan gemuk nanti tiada keyakinan diri dan sebagainya.

Ada juga orang yang takut untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan kerana pengalaman sebelum ini membeli produk yang mahal tetapi tidak berkesan.

2. Orang membeli kerana ada MASALAH

Orang membeli kerana mereka ingin menyelesaikan masalah. Contohnya untuk mengurangkan berat badan orang akan membeli produk untuk menguruskan badan, orang yang ada masalah jerawat mahu mencari produk yang dapat menghilangkan jerawat. Anda perlu kenalpasti apakah masalah paling besar bakal pelanggan kita hadapi dan berikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Bagaimanakah cara kita mengetahui masalah yang pelanggan hadapi?

a. Baca surat khabar, majalah dan tonton televisyen kerana banyak isu dan masalah yang diceritakan dalam semua media tersebut. Cuba cari jalan penyelesaian yang boleh dijadikan produk atau perkhidmatan untuk mengatasi masalah tersebut.

b. Buat survey di media sosial seperti Facebook, emel dan blog dengan bertanyakan masalah utama yang sedang dihadapi oleh followers.

c. Buat carian di Google tentang keyword yang banyak pengguna cari . Anda boleh gunakan Google Trend dan Google Keyword Planner untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang keyword yang selalu pengguna cari di Google Search.

3. Orang membeli kerana ingin memenuhi IMPIAN

Orang membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi impian mereka. Jika impian mereka ingin kurus, anda boleh tawarkan produk melangsingkan badan yang terbukti berkesan dengan harga yang murah. Jika impian mereka ingin mempunyai kulit yang cerah lagi gebu, kongsikan dengan mereka produk pencerahan kulit yang dapat memutihkan kulit dengan cepat, murah dan tanpa kesan sampingan.

Bantu orang lain mencapai impian mereka, pasti produk atau perkhidmatan anda akan sentiasa menjadi pilihan orang ramai.

4. Orang membeli kerana mendapat INSPIRASI

Orang membeli daripada kita kerana produk kita telah banyak membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. Anda boleh letakkan testimoni tentang pelanggan yang berjaya menyelesaikan masalah mereka setelah menggunakan produk atau perkhidmatan kita. Bakal pelanggan akan mendapat inspirasi daripada semua testimoni tersebut untuk membuat belian.

Kita perlu jadi seorang pakar dan membuktikan kita telah banyak membantu orang lain melalui produk atau perkhidmatan kita supaya bakal pelanggan kita yakin dengan produk kita.

Jika anda bijak menggunakan semua faktor emosi tersebut dan tingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kita berdasarkan faktor emosi tersebut, anda akan dapat meningkatkan jualan produk anda.

Please share

bookmark_border7 motivasi pelanggan untuk membeli produk kita

1. PERCAYA

Pelanggan akan mudah membeli produk atau perkhidmatan daripada penjual yang dipercayai. Penjual perlu memastikan produk atau perkhidmatan dikenali dahulu dengan melakukan proses brand awareness. Penjual perlu memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa produk mereka dapat memberikan nilai kepada pelanggan. Penjual juga perlu mendapatkan dan mengumpulkan testimoni dari pelanggan yang pernah membeli produk mereka.

Anda sebagai penjual perlu membina kredibiliti selain daripada memastikan produk atau perkhidmatan dikenali. Anda perlu bersikap jujur dalam perniagaan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Anda tidak takut untuk menerangkan tentang kebaikkan termasuk kekangan produk anda.

2. CINTA & KASIH SAYANG

Pelanggan membeli kerana ingin menggembirakan orang yang tersayang seperti ibu bapa, pasangan, anak, adik beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa akan membeli kek dan hadiah yang anak mereka suka semasa hari jadi. Pasangan akan memberi hadiah sempena anniversary perkahwinan dan rakan-rakan akan membeli hadiah untuk pasangan pengantin baharu. Anak-anak akan membeli produk kesihatan seperti ubat-ubatan atau vitamin kepada ibu bapa, datuk dan nenek mereka.

Mereka sanggup menghabiskan belanja yang besar untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan sebagai tanda kasih sayang.

3. MUDAH

Pelanggan akan membeli produk atau perkhidmatan yang dapat membantu mereka memudahkan dan mempercepatkan sesuatu kerja. Banyak produk dan perkhdmatan di pasaran sekarang yang memudahkan pelanggan. Pada suatu masa dahulu, pelanggan perlu pergi dan menunggu di restoran untuk membeli makanan kegemaran tetapi sekarang boleh memesan menggunakan telefon dan makanan sampai di hadapan rumah dengan pantas.

Pelanggan juga akan membeli produk dan perkhidmatan yang dapat membantu mereka mendapatkan wang dengan lebih mudah dan cepat. Ramai pelanggan mengikuti kelas dan seminar tentang perniagaan di internet untuk berniagadi internet tanpa perlu untuk membuka kedai. Mereka juga membeli ebook dan mengikuti kelas dalam talian berbayar tentang perniagaan yang boleh menghasilkan keuntungan dengan mudah dan cepat. Pelanggan sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli produk dan perkhidmatan yang dapat memudahkan mereka.

4. STATUS

Pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang dapat meningkatkan keyakinan diri dan imej mereka. Pelanggan membeli kereta yang mewah seperti BMW, Mercedes dan sebagainya untuk melambangkan status mereka yang kaya dan berjaya. Mereka membeli pakaian yang berjenama dan minyak wangi yang eksklusif untuk meningkatkan keyakinan mereka apabila berhadapan dengan orang lain.

Mereka sanggup menghabiskan wang dengan banyak untuk membeli produk dan perkhidmatan yang dapat membuatkan mereka nampak lebih yakin dan mendapatkan pengiktirafan daripada orang lain.

5. SELESA & PUAS

Pelanggan akan membeli produk atau perkhidmatan yang akan memberikan keselesaan kepada mereka. Jika anda menjual produk seperti bantal, anda perlu menerangkan ciri-ciri bantal yang akan membuatkan pelanggan berasa selesa apabila menggunakan bantal anda. Mungkin selama ini pelanggan susah untuk tidur malam tetapi sejak memiliki bantal anda, pelanggan boleh tidur nyenyak.

Pelanggan akan memilih restoran yang menyediakan makanan yang sedap. Pelanggan selalu datang untuk makan kerana mereka merasa puas dan menceritakan restoran tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Mereka juga akan berkongsi tentang kesedapan makanan di restoran tersebut dalam media sosial seterusnya menarik ramai lagi pelanggan untuk datang ke restoran tersebut.

6. SELAMAT

Pelanggan akan membeli produk atau perkhidmatan yang akan membuatkan diri dan keluarga mereka berasa selamat. Anda boleh menjual produk seperti insuran nyawa dan kesihatan kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan perlindungan untuk anak mereka. Anda perlu menerangkan kepentingan produk anda untuk menjamin masa depan mereka.

Sejak wabak Covid -19 bermula, jualan produk seperti topeng muka dan hand sanitizer meningkat kerana pelanggan ingin selamat dari dijangkiti wabak penyakit. Pelanggan akan membuat sahaja seperti mengeluarkan belanja untuk memastikan mereka dan orang yang tersayang sentiasa merasa selamat.

7. PENINGKATAN KENDIRI

Ramai orang ingin berjaya dalam hidup seperti berjaya dalam kerjaya dan perniagaan. Mereka memerlukan motivasi dan ilmu untuk berjaya. Anda boleh menghasilkan ebook dan video tentang cara memulakan perniagaan di internet, teknik pemasaran produk yang berkesan dan banyak lagi topik dalam bidang pembangunan diri.

Anda boleh mengadakan kelas dan seminar seperti kelas teknik menguruskan kewangan peribadi, pelaburan, motivasi dan apa juga kepakaran serta ilmu yang anda miliki untuk dikongsikan dengan orang lain. Pada masa kini, terdapat banyak syarikat perunding dan latihan yang dapat menarik ribuan orang menjadi pelanggan mereka.

Anda perlu fokus kepada ciri-ciri dan kelebihan produk atau perkhidmatan anda yang membuatkan prospek bermotivasi untuk bertukar menjadi pelanggan anda.

Please share

bookmark_border3 perkara asas dalam marketing

Anda mesti tahu perbezaan antara sales dan marketing. Sales atau jualan ialah proses menjual produk atau perkhidmatan.

Marketing atau pemasaran ialah cara menarik minat bakal pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan anda. Marketing ialah cara-cara untuk membuatkan produk atau perkhidmatan anda dikenali orang ramai. Apabila orang sudah kenal produk atau perkhidmatan anda, proses sales atau jualan akan berlaku.

Pada malam ini saya kongsikan 3 perkara asas dalam marketing:-

1. Know ( Kenal )

Anda perlu memastikan orang ramai kenal syarikat anda, produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Anda perlu mempromosikan jenama (brand) produk atau perkhidmatan anda. Pastikan orang ramai kenal produk apa yang anda jual atau perkhidmatan apa yang anda sediakan. Dalam pemasaran internet, anda perlu lalukan kempen brand awareness supaya orang ramai mengenali jenama produk atau perkhidmatan anda.

2. Like ( Suka )

Apabila orang ramai sudah kenal produk atau perkhidmaran anda, mereka akan mula suka produk atau perkhidmaran anda. Anda perlu menunjukkan produk atau perkhidmatan anda dapat memberikan nilai kepada mereka seperti menyelesaikan masalah mereka dan menjadikan kehidupan mereka lebih baik.

3. Trust ( Percaya )

Orang ramai akan bertukar menjadi pelanggan setia anda setelah mereka kenal dan sukakan produk atau perkhidmatan anda. Mereka akan membeli produk anda bukan hanya sekali tetapi berulang kali disebabkan mereka percayakan produk atau perkhidmatan anda.

Anda perlu melalui 3 proses ini dalam memasarkan produk dan perkhidmatan anda.

Please share

bookmark_borderEbook Kisah Benar Menjadi Jutawan Internet dengan Pantas

Irfan Khairi dan komputer peribadi beliau yang pertama untuk menjalankan perniagaan internet

Kisah seorang anak muda menjadi jutawan internet dalam masa 2 tahun dengan hanya bekerja dari rumah merupakan sebuah kisah benar. Beliau hanya menggunakan sebuah laptop yang dibayar secara ansuran dan talian internet, mencapai status jutawan dari kosong dalam masa yang singkat.

Anda boleh menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk menjadi jutawan internet dengan hanya bekerja dari rumah. Beliau telah berkongsi perjalanan beliau mendapat keuntungan 1 juta pertama dalam ebook beliau 9 dari 10 Solopreneur ke Entrepreneur menjadi Globalpreneur. Beliau telah menubuhkan syarikat IrfanKhairi Sdn Bhd dalam menyediakan perkhidmatan latihan perniagaan internet kepada beribu-ribu bakal usahawan dan usahawan sedia ada di Malaysia dan Dubai.

Tiada apa yang mustahil untuk mencapai impian menjadi jutawan internet dalam masa yang singkat dari keselesaan rumah. Anda boleh menukar hobi atau kemahiran anda menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Ini telah dilakukan oleh jutawan internet yang dimaksudkan iaitu saudara Irfan Khairi. Beliau hanya menggunakan kemahiran beliau dalam perkhidmatan merekabentuk logo dan menghasilkan pendapatan sehingga menjadi jutawan internet dengan hanya melakukan hobi beliau dalam bidang design. Anda juga mempunyai minat dan kemahiran yang boleh menjadi sumber pendapatan lumayan dengan syarat mempunyai ilmu.

Dapatkan ebook beliau bertajuk 9 dari 10 Solopreneur ke Entrepreneur menjadi Globalpreneur untuk memberikan inspirasi kepada anda untuk menjadi jutawan internet.

>>>KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK<<<

Please share