4 langkah menggunakan emosi manusia untuk marketing

Menurut pakar pemasaran di dunia, Brian Tracey, orang membeli kerana EMOSI. Terdapat 4 faktor emosi pelanggan yang boleh kita gunakan dalam kempen pemasaran produk atau perkhidmatan kita.

1. Orang membeli kerana TAKUT

Orang membeli sesuatu produk atau perkhidmatan kerana mereka takut masalah mereka tidak dapat diselesaikan. Contohnya mereka takut jerawat yang tumbuh di muka tidak dapat hilang, takut badan gemuk nanti tiada keyakinan diri dan sebagainya.

Ada juga orang yang takut untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan kerana pengalaman sebelum ini membeli produk yang mahal tetapi tidak berkesan.

2. Orang membeli kerana ada MASALAH

Orang membeli kerana mereka ingin menyelesaikan masalah. Contohnya untuk mengurangkan berat badan orang akan membeli produk untuk menguruskan badan, orang yang ada masalah jerawat mahu mencari produk yang dapat menghilangkan jerawat. Anda perlu kenalpasti apakah masalah paling besar bakal pelanggan kita hadapi dan berikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Bagaimanakah cara kita mengetahui masalah yang pelanggan hadapi?

a. Baca surat khabar, majalah dan tonton televisyen kerana banyak isu dan masalah yang diceritakan dalam semua media tersebut. Cuba cari jalan penyelesaian yang boleh dijadikan produk atau perkhidmatan untuk mengatasi masalah tersebut.

b. Buat survey di media sosial seperti Facebook, emel dan blog dengan bertanyakan masalah utama yang sedang dihadapi oleh followers.

c. Buat carian di Google tentang keyword yang banyak pengguna cari . Anda boleh gunakan Google Trend dan Google Keyword Planner untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang keyword yang selalu pengguna cari di Google Search.

3. Orang membeli kerana ingin memenuhi IMPIAN

Orang membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi impian mereka. Jika impian mereka ingin kurus, anda boleh tawarkan produk melangsingkan badan yang terbukti berkesan dengan harga yang murah. Jika impian mereka ingin mempunyai kulit yang cerah lagi gebu, kongsikan dengan mereka produk pencerahan kulit yang dapat memutihkan kulit dengan cepat, murah dan tanpa kesan sampingan.

Bantu orang lain mencapai impian mereka, pasti produk atau perkhidmatan anda akan sentiasa menjadi pilihan orang ramai.

4. Orang membeli kerana mendapat INSPIRASI

Orang membeli daripada kita kerana produk kita telah banyak membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. Anda boleh letakkan testimoni tentang pelanggan yang berjaya menyelesaikan masalah mereka setelah menggunakan produk atau perkhidmatan kita. Bakal pelanggan akan mendapat inspirasi daripada semua testimoni tersebut untuk membuat belian.

Kita perlu jadi seorang pakar dan membuktikan kita telah banyak membantu orang lain melalui produk atau perkhidmatan kita supaya bakal pelanggan kita yakin dengan produk kita.

Jika anda bijak menggunakan semua faktor emosi tersebut dan tingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kita berdasarkan faktor emosi tersebut, anda akan dapat meningkatkan jualan produk anda.

Please share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *