8 Teknik Asas SEO dalam perniagaan internet

Teknik Asas SEO

Apakah itu SEO?

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. SEO memastikan laman web anda berada di kedudukan teratas dalam enjin carian seperti Google untuk keyword yang tertentu. Sebagai contoh, jika pelawat laman web menaip keyword produk menguruskan badan, laman web anda yang menjual produk menguruskan badan akan terpapar di kedudukan pertama atau dalam halaman pertama enjin carian seperti Google. Pelawat biasanya akan klik laman web yang berada di atas sekali, kedua, ketiga atau laman web seterusya yang terletak di halaman yang pertama.

Berikut adalah teknik-teknik asas SEO:-

  1. Memastikan kandungan laman web anda lengkap dan padat berkaitan keyword. Jika laman web anda menjual produk kuruskan badan, anda perlu memasukkan atau menulis banyak artikel atau post tentang cara-cara kuruskan badan.
  2. Memastikan anda meletakkan keyword dalam tajuk setiap artikel yang terdapat dalam laman web. Contoh anda memilih keyword kuruskan badan, anda perlu memastikan terdapat ayat kuruskan badan dalam semua tajuk (headlines) semua artikel anda.
  3. Memastikan anda memasukkan kandungan yang terkini atau sentiasa kemaskini artikel terkini dalam laman web anda supaya laman web anda sentiasa updated.
  4. Anda perlu membuat kajian tentang keyword yang selalu pengguna taip di enjin carian berkaitan dengan produk anda. Contohnya, jika pengguna ingin mencari produk untuk menguruskan badan, apakah keyword yang akan pelawat selalu taip di enjin carian. Kajian ini amat penting untuk memastikan anda memilih keyword yang betul dan laman web anda dijumpai dalam enjin carian. Anda boleh gunakan Google Keyword Planner untuk mengetahui keyword yang kerap digunakan oleh pengguna internet untuk mencari sesuatu maklumat atau produk.
  5. Anda perlu mengkaji kehendak sebenar pengguna. Apa yang sebenarnya pengguna cari? Jika pengguna ingin menguruskan badan dalam masa yang singkat, anda perlu memasukkan banyak kandungan yang sesuai dengan kehendak spesifik pengguna seperti petua menghilangkan berat badan dalam masa yang singkat.
  6. Anda perlu memastikan laman web anda mesra telefon pintar (mobile-friendly) kerana pada tahun 2018 pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet di Malaysia ialah 93.1% berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  7. Anda perlu memastikan setiap pautan ( url ) semua post yang anda tulis mengandungi keyword. Jika keyword yang anda pilih ialah kuruskan badan, setiap tajuk dan url post tersebut mengandungi keyword kuruskan badan supaya mudah dicari oleh enjin carian.
  8. Anda perlu berkongsi setiap artikel atau post di dalam laman web anda dengan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya untuk menarik aliran trafik dari media sosial seterusnya dapat meningkatkan kedudukan laman web anda dalam enjin carian.

Ada banyak lagi teknik-teknik SEO yang boleh dilakukan. Pada peringkat permulaan, anda boleh cuba mengaplikasikan 8 teknik asas SEO tersebut untuk memastikan laman web anda berada di kedudukan pertama dalam enjin carian.

Please share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *