bookmark_borderDaftar dan Perbaharui Lesen Perniagaan Anda Secara Online

Pada musim pandemik ini, ramai ingin atau telah memulakan perniagaan secara dalam talian di rumah untuk menambahkan pendapatan tetapi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ).

Anda perlu mendaftar lesen perniagaan walaupun anda menjalankan perniagaan di rumah untuk mengelakkan anda dikenakan denda oleh SSM .

Anda tidak perlu hadir ke SSM untuk mendaftar perniagaan anda. Anda boleh mendaftar perniagaan anda secara online. Anda boleh menjimatkan masa dan kos. Anda akan mendapat e-sijil SSM dalam format PDF dan salinan softcopy maklumat perniagaan anda.

Anda boleh menjalankan perniagaan dengan selesa dan menambahkan kepercayaan pelanggan kepada produk atau perkhidmatan anda apabila telah memiliki lesen perniagaan yang sah.

Anda boleh KLIK LINK DI BAWAH untuk mendaftarkan perniagaan anda sekarang.

>> DAFTAR & PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN SSM ANDA<<

Setelah anda berjaya mendapat lesen perniagaan anda boleh membaca artikel berikut untuk mengetahui langkah-langkah mengembangkan perniagaan anda: –

bookmark_borderEbook Panduan Urus Bisnes Enterprise Gaya Korporat

Anda baru daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mulakan bisnes seperti perniagaan internet?

Anda sudah lama daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tetapi tidak tahu hendak buat apa kecuali memperbaharui sijil setiap tahun?

Jika anda belum mendaftarkan perniagaan anda, baca artikel berikut untuk mendaftarkan perniagaan anda secara online:

Daftar dan Perbaharui Lesen Perniagaan Anda.

Apakah tujuan anda untuk mula berniaga dahulu?

Pastinya untuk mendapatkan keuntungan.

Anda mesti mahu perniagaan anda sentiasa mendapatkan keuntungan, berkembang dan sentiasa bertahan walaupun perniagaan anda merupakan perniagaan enterprise.

Bagaimanakah caranya untuk menguruskan bisnes enterprise anda supaya terus maju dan tidak mengalami kerugian? Anda perlu menguruskan bisnes anda seperti gaya korporat.

Anda ingin tahu caranya untuk urus bisnes enterprise gaya korporat?

>>>ANDA BOLEH KLIK DI SINI<<<

Anda boleh membaca artikel berikut yang berkaitan:

bookmark_borderDaftar Nombor Fail Cukai Perniagaan Enterprise Anda Secara Online

Anda sudah mendaftar perniagaan enterprise anda?

Anda masih belum mempunyai nombor fail cukai perniagaan enterprise?

Daftar fail cukai perniagaan enterprise anda dengan segera untuk mengelakkan perniagaan anda dikenakan penalti oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Anda ingin bantuan untuk mendaftarkan nombor cukai perniagaan enterprise anda?

Klik link berikut untuk mendapatkan bantuan mendaftar nombor cukai perniagaan enterprise anda.

–> Daftar Nombor Cukai Perniagaan Enterprise <–

Anda boleh membaca artikel berikut yang berkaitan:

bookmark_borderEbook Langkah-langkah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

KENAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI LAMAN WEB DALAM PERNIAGAAN?

Laman web perniagaan merupakan papan tanda dan kad nama bagi perniagaan anda di Internet.

Laman web perniagaan menjadikan imej perniagaan anda nampak lebih profesional seterusnya meningkatkan keyakinan pelanggan anda.

Kos pemasaran di media sosial seperti Facebook Ads semakin meningkat dan kadar reach semakin berkurang.

Laman web perniagaan dapat membantu meningkatkan lagi sales perniagaan anda di internet kerana kadar persaingan yang masih rendah berbanding di media sosial.

Anda mungkin menghadapi masalah-masalah berikut untuk membina laman web perniagaan anda sendiri:

  • Anda tidak mempunyai ilmu untuk membina laman web perniagaan dengan mudah
  • Anda tidak mempunyai modal yang banyak untuk mengupah pereka laman web profesional.
  • Anda hanya bergantung kepada media sosial untuk memasarkan perniagaan anda.
  • Anda tidak mempunyai modal kewangan dan masa untuk mengikuti bengkel membina laman web perniagaan.

Anda boleh menyelesaikan masalah anda tersebut dengan memiliki:-

Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

Kandungan ebook ini:

  • Langkah-langkah membeli domain name dan pakej hosting
  • Langkah-langkah membina laman web dari kosong sehingga siap tanpa menulis kod aturcara dan kemahiran teknikal yang tinggi.
  • Panduan meletakkan laman web anda di kedudukan yang teratas dalam search engine seperti Google Chrome.
  • Panduan mereka bentuk laman web perniagaan yang mesra pengguna dan menarik.

Anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk memiliki laman web perniagaan sendiri apabila anda memiliki ebook ini.

Anda juga tidak perlu membuang masa membaca buku tutorial yang beratus-ratus muka surat untuk belajar membina laman web perniagaan anda sendiri.

Anda akan mendapat BONUS:

Teknik-teknik pemasaran internet setiap minggu selama 1 tahun melalui emel anda.

Dapatkan segera dengan hanya

RM 30 SAHAJA!!!

>>> KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK <<<

bookmark_border8 Teknik Asas SEO dalam perniagaan internet

Teknik Asas SEO

Apakah itu SEO?

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. SEO memastikan laman web anda berada di kedudukan teratas dalam enjin carian seperti Google untuk keyword yang tertentu. Sebagai contoh, jika pelawat laman web menaip keyword produk menguruskan badan, laman web anda yang menjual produk menguruskan badan akan terpapar di kedudukan pertama atau dalam halaman pertama enjin carian seperti Google. Pelawat biasanya akan klik laman web yang berada di atas sekali, kedua, ketiga atau laman web seterusya yang terletak di halaman yang pertama.

Berikut adalah teknik-teknik asas SEO:-

  1. Memastikan kandungan laman web anda lengkap dan padat berkaitan keyword. Jika laman web anda menjual produk kuruskan badan, anda perlu memasukkan atau menulis banyak artikel atau post tentang cara-cara kuruskan badan.
  2. Memastikan anda meletakkan keyword dalam tajuk setiap artikel yang terdapat dalam laman web. Contoh anda memilih keyword kuruskan badan, anda perlu memastikan terdapat ayat kuruskan badan dalam semua tajuk (headlines) semua artikel anda.
  3. Memastikan anda memasukkan kandungan yang terkini atau sentiasa kemaskini artikel terkini dalam laman web anda supaya laman web anda sentiasa updated.
  4. Anda perlu membuat kajian tentang keyword yang selalu pengguna taip di enjin carian berkaitan dengan produk anda. Contohnya, jika pengguna ingin mencari produk untuk menguruskan badan, apakah keyword yang akan pelawat selalu taip di enjin carian. Kajian ini amat penting untuk memastikan anda memilih keyword yang betul dan laman web anda dijumpai dalam enjin carian. Anda boleh gunakan Google Keyword Planner untuk mengetahui keyword yang kerap digunakan oleh pengguna internet untuk mencari sesuatu maklumat atau produk.
  5. Anda perlu mengkaji kehendak sebenar pengguna. Apa yang sebenarnya pengguna cari? Jika pengguna ingin menguruskan badan dalam masa yang singkat, anda perlu memasukkan banyak kandungan yang sesuai dengan kehendak spesifik pengguna seperti petua menghilangkan berat badan dalam masa yang singkat.
  6. Anda perlu memastikan laman web anda mesra telefon pintar (mobile-friendly) kerana pada tahun 2018 pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet di Malaysia ialah 93.1% berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  7. Anda perlu memastikan setiap pautan ( url ) semua post yang anda tulis mengandungi keyword. Jika keyword yang anda pilih ialah kuruskan badan, setiap tajuk dan url post tersebut mengandungi keyword kuruskan badan supaya mudah dicari oleh enjin carian.
  8. Anda perlu berkongsi setiap artikel atau post di dalam laman web anda dengan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya untuk menarik aliran trafik dari media sosial seterusnya dapat meningkatkan kedudukan laman web anda dalam enjin carian.

Ada banyak lagi teknik-teknik SEO yang boleh dilakukan. Pada peringkat permulaan, anda boleh cuba mengaplikasikan 8 teknik asas SEO tersebut untuk memastikan laman web anda berada di kedudukan pertama dalam enjin carian.

bookmark_borderEbook Kisah Benar Menjadi Jutawan Internet dengan Pantas

Irfan Khairi dan komputer peribadi beliau yang pertama untuk menjalankan perniagaan internet

Kisah seorang anak muda menjadi jutawan internet dalam masa 2 tahun dengan hanya bekerja dari rumah merupakan sebuah kisah benar. Beliau hanya menggunakan sebuah laptop yang dibayar secara ansuran dan talian internet, mencapai status jutawan dari kosong dalam masa yang singkat.

Anda boleh menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk menjadi jutawan internet dengan hanya bekerja dari rumah. Beliau telah berkongsi perjalanan beliau mendapat keuntungan 1 juta pertama dalam ebook beliau 9 dari 10 Solopreneur ke Entrepreneur menjadi Globalpreneur. Beliau telah menubuhkan syarikat IrfanKhairi Sdn Bhd dalam menyediakan perkhidmatan latihan perniagaan internet kepada beribu-ribu bakal usahawan dan usahawan sedia ada di Malaysia dan Dubai.

Tiada apa yang mustahil untuk mencapai impian menjadi jutawan internet dalam masa yang singkat dari keselesaan rumah. Anda boleh menukar hobi atau kemahiran anda menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Ini telah dilakukan oleh jutawan internet yang dimaksudkan iaitu saudara Irfan Khairi. Beliau hanya menggunakan kemahiran beliau dalam perkhidmatan merekabentuk logo dan menghasilkan pendapatan sehingga menjadi jutawan internet dengan hanya melakukan hobi beliau dalam bidang design. Anda juga mempunyai minat dan kemahiran yang boleh menjadi sumber pendapatan lumayan dengan syarat mempunyai ilmu.

Dapatkan ebook beliau bertajuk 9 dari 10 Solopreneur ke Entrepreneur menjadi Globalpreneur untuk memberikan inspirasi kepada anda untuk menjadi jutawan internet.

>>>KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK<<<

bookmark_border10 idea perniagaan internet tanpa produk sendiri

Perniagaan internet

Anda ingin menjana pendapatan menggunakan internet tetapi tidak mempunyai idea dan produk sendiri?

Pada kali ini, saya kongsikan dengan anda 10 idea perniagaan internet yang boleh anda mulakan hari ini.

1. Dropship

Anda boleh bermula berniaga dengan menggunakan model dropship. Model perniagaan ini amat mudah kepada peniaga yang baru ingin memulakan perniagaan. Anda menjual produk keluaran orang lain dan mendapat untung dari setiap produk yang berjaya anda jual. Anda boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp atau laman web atau blog untuk mempromosikan produk. Anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. Anda menerima bayaran daripada pelanggan dengan harga jualan dan anda membayar kepada pengeluar dengan harga agen. Anda akan mendapat untung bersih. Proses penghantaran produk kepada pelanggan anda diuruskan oleh pengeluar produk.

2. Menghasilkan produk informasi atau kursus digital

Orang menggunakan internet untuk mendapatkan informasi selain daripada berkomunikasi. Anda boleh menghasilkan produk informasi seperi ebook tentang pengetahuan dan kepakaran anda dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, anda mahir dalam membuat kek. Anda boleh menulis ebook cara membuat pelbagai jenis kek dan menjual ebook anda kepada orang yang mula belajar membuat kek. Kos menghasilkan ebook sangat rendah dan anda boleh menjualnya berulang kali. Jika anda mahir dalam design menggunakan aplikasi tertentu atau membina laman web atau blog, anda boleh menghasilkan tutorial dalam bentuk video atau gabungan video dan ebook.

3. Menghasilkan video

Penggunaan video semakin popular pada masa kini dalam perniagaan. Ramai peniaga menggunakan Youtube dan Facebook Live untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Anda boleh menghasilkan video tentang minat anda. Jika anda minat memasak makanan tradisional , rekod video anda memasak dan upload ke Youtube. Anda tidak perlu membeli kamera yang mahal cukup dengan menggunakan telefon anda sendiri. Anda akan mendapat bonus dari Youtube jika ramai yang menonton dan subscribe channel Youtube anda.

4. Menulis blog

Anda boleh menghasilkan blog tentang kepakaran anda atau hobi anda. Anda boleh menulis resipi membuat kek dan petua menghasilkan kek yang sedap. Anda juga boleh menulis tentang cara menurunkan berat badan berdasarkan pengalaman anda dan petua menjaga kesihatan. Banyak lagi topik yang boleh anda kongsikan dalam blog dengan orang lain. Paling penting topik yang anda pilih memberi informasi yang berguna kepada pembaca sasaran. Apabila ramai yang melawat blog anda, anda boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

5. Menjadi agen affiliate

Anda boleh mendaftar menjadi agen affiliate kepada sesuatu produk orang lain. Anda membantu mempromosi produk orang lain dengan menggunakan link khas yang diberikan oleh pengeluar produk. Anda boleh meletakkan link khas tersebut dalam wall Facebook, laman web serta blog anda. Jika followers Facebook atau pembaca blog anda menekan link khas tersebut dan membuat pembelian, anda akan diberi komisen oleh pengeluar produk tersebut. Anda boleh mendapat komisyen sehingga 50% bagi produk informasi digital sepert ebook dan panduan video.

6. Menyediakan perkhidmatan menulis copywriting

Jika anda mempunyai bakat dan minat mendalam dalam menulis, anda boleh menghasilkan pendapatan dengan menulis copywriting untuk mempromosikan produk orang lain. Copywriting adalah satu seni menulis iklan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk.

7. Menyediakan perkhidmatan design

Anda boleh menghasilkan design untuk logo, banner majlis, kad kahwin dan baju. Anda juga boleh design cover untuk ebook dan banner laman web atau blog. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam design untuk membantu ramai peniaga membina branding perniagaan mereka.
Anda boleh mencontohi jutawan internet Malaysia saudara Irfan Khairi yang menggunakan bakat dan kemahiran beliau dalam design untuk menghasilkan keuntungan RM 1 juta ringgit pada umur 25 tahun.

Ikuti kisah beliau dalam artikel berikut:-

Rahsia seorang designer menjadi jutawan internet dengan pantas

8. Membina laman web

Laman web amat penting dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan selain dari media sosial. Laman web dapat memberi imej yang profesional kepada peniaga dan menambahkan kredibiliti perniagaan. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membina laman web yang lebih murah dari syarikat perkhidmatan laman web yang lebih besar.

Jika anda ingin belajar langkah-langkah membina laman web perniagaan dari kosong sila klik pautan berikut:-

Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

9. Menyediakan perkhidmatan pemasaran internet

Anda boleh membantu perniagaan memasarkan produk dan perkhidmatan menggunakan internet. Anda boleh menyediakan perkhidmatan menulis kempen pemasaran menggunakan platform Facebook Ads atau Google Ads yang dapat mendatangkan keuntungan. Anda dapat membantu peniaga kurang mahir atau syarikat baharu yang perlu menghabiskan masa dan wang untuk belajar menggunakan pemasaran internet.

10. Menjadi penulis kandungan dan perkhidmatan SEO

Anda boleh menyediakan perkhidmatan menulis isi kandungan untuk page Facebook, laman blog atau web peniaga lain. Post dan artikel dalam media sosial serta laman web perlu sentiasa dikemaskini untuk menarik ramai pelanggan. Peniaga tiada kesempatan untuk selalu mengemaskini kandungan kerana sibuk menumpukan perhatian kepada pengurusan bisnes.

Anda juga boleh belajar tentang SEO ( Search Engine Optimization). SEO ialah cara untuk memastikan laman web pelanggan sentiasa berada di atas dalam carian di Google dengan menggunakan kata kunci tertentu. Sebagai contoh, jika pengguna menulis kata kunci ‘Cara membuat kek ‘, enjin carian akan memaparkan laman web anda tentang cara membuat kek di ranking yang paling atas atau di page pertama enjin carian Google. Pengguna biasanya akan klik laman web yang berada di paling atas. Laman web anda akan menarik lebih ramai pengunjung. Apabila anda menjadi pakar dalam SEO anda boleh menarik minat perniagaan untuk menggunakan khidmat anda.

Anda boleh baca artikel:- 8 Teknik Asas SEO dalam perniagaan internet

Teruskan membaca artikel yang terdapat dalam blog ini untuk mendapatkan ilmu perniagaan internet supaya dapat membantu anda menambahkan pendapatan.

Anda boleh membaca artikel berikut yang berkaitan dengan perniagaan internet: –

i. Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

ii. Rahsia menjadi jutawan internet dengan pantas

Langkah seterusnya, anda perlu mendaftar perniagaan internet. Anda boleh membaca artikel berikut untuk mendaftarkan perniagaan anda secara online:

Daftar dan Perbaharui Lesen Perniagaan secara online