bookmark_border10 idea perniagaan internet tanpa produk sendiri

Perniagaan internet

Anda ingin menjana pendapatan menggunakan internet tetapi tidak mempunyai idea dan produk sendiri?

Pada kali ini, saya kongsikan dengan anda 10 idea perniagaan internet yang boleh anda mulakan hari ini.

1. Dropship

Anda boleh bermula berniaga dengan menggunakan model dropship. Model perniagaan ini amat mudah kepada peniaga yang baru ingin memulakan perniagaan. Anda menjual produk keluaran orang lain dan mendapat untung dari setiap produk yang berjaya anda jual. Anda boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp atau laman web atau blog untuk mempromosikan produk. Anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. Anda menerima bayaran daripada pelanggan dengan harga jualan dan anda membayar kepada pengeluar dengan harga agen. Anda akan mendapat untung bersih. Proses penghantaran produk kepada pelanggan anda diuruskan oleh pengeluar produk.

2. Menghasilkan produk informasi atau kursus digital

Orang menggunakan internet untuk mendapatkan informasi selain daripada berkomunikasi. Anda boleh menghasilkan produk informasi seperi ebook tentang pengetahuan dan kepakaran anda dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, anda mahir dalam membuat kek. Anda boleh menulis ebook cara membuat pelbagai jenis kek dan menjual ebook anda kepada orang yang mula belajar membuat kek. Kos menghasilkan ebook sangat rendah dan anda boleh menjualnya berulang kali. Jika anda mahir dalam design menggunakan aplikasi tertentu atau membina laman web atau blog, anda boleh menghasilkan tutorial dalam bentuk video atau gabungan video dan ebook.

3. Menghasilkan video

Penggunaan video semakin popular pada masa kini dalam perniagaan. Ramai peniaga menggunakan Youtube dan Facebook Live untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Anda boleh menghasilkan video tentang minat anda. Jika anda minat memasak makanan tradisional , rekod video anda memasak dan upload ke Youtube. Anda tidak perlu membeli kamera yang mahal cukup dengan menggunakan telefon anda sendiri. Anda akan mendapat bonus dari Youtube jika ramai yang menonton dan subscribe channel Youtube anda.

4. Menulis blog

Anda boleh menghasilkan blog tentang kepakaran anda atau hobi anda. Anda boleh menulis resipi membuat kek dan petua menghasilkan kek yang sedap. Anda juga boleh menulis tentang cara menurunkan berat badan berdasarkan pengalaman anda dan petua menjaga kesihatan. Banyak lagi topik yang boleh anda kongsikan dalam blog dengan orang lain. Paling penting topik yang anda pilih memberi informasi yang berguna kepada pembaca sasaran. Apabila ramai yang melawat blog anda, anda boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

5. Menjadi agen affiliate

Anda boleh mendaftar menjadi agen affiliate kepada sesuatu produk orang lain. Anda membantu mempromosi produk orang lain dengan menggunakan link khas yang diberikan oleh pengeluar produk. Anda boleh meletakkan link khas tersebut dalam wall Facebook, laman web serta blog anda. Jika followers Facebook atau pembaca blog anda menekan link khas tersebut dan membuat pembelian, anda akan diberi komisen oleh pengeluar produk tersebut. Anda boleh mendapat komisyen sehingga 50% bagi produk informasi digital sepert ebook dan panduan video.

6. Menyediakan perkhidmatan menulis copywriting

Jika anda mempunyai bakat dan minat mendalam dalam menulis, anda boleh menghasilkan pendapatan dengan menulis copywriting untuk mempromosikan produk orang lain. Copywriting adalah satu seni menulis iklan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk.

7. Menyediakan perkhidmatan design

Anda boleh menghasilkan design untuk logo, banner majlis, kad kahwin dan baju. Anda juga boleh design cover untuk ebook dan banner laman web atau blog. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam design untuk membantu ramai peniaga membina branding perniagaan mereka.
Anda boleh mencontohi jutawan internet Malaysia saudara Irfan Khairi yang menggunakan bakat dan kemahiran beliau dalam design untuk menghasilkan keuntungan RM 1 juta ringgit pada umur 25 tahun.

Ikuti kisah beliau dalam artikel berikut:-

Rahsia seorang designer menjadi jutawan internet dengan pantas

8. Membina laman web

Laman web amat penting dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan selain dari media sosial. Laman web dapat memberi imej yang profesional kepada peniaga dan menambahkan kredibiliti perniagaan. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membina laman web yang lebih murah dari syarikat perkhidmatan laman web yang lebih besar.

Jika anda ingin belajar langkah-langkah membina laman web perniagaan dari kosong sila klik pautan berikut:-

Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

9. Menyediakan perkhidmatan pemasaran internet

Anda boleh membantu perniagaan memasarkan produk dan perkhidmatan menggunakan internet. Anda boleh menyediakan perkhidmatan menulis kempen pemasaran menggunakan platform Facebook Ads atau Google Ads yang dapat mendatangkan keuntungan. Anda dapat membantu peniaga kurang mahir atau syarikat baharu yang perlu menghabiskan masa dan wang untuk belajar menggunakan pemasaran internet.

10. Menjadi penulis kandungan dan perkhidmatan SEO

Anda boleh menyediakan perkhidmatan menulis isi kandungan untuk page Facebook, laman blog atau web peniaga lain. Post dan artikel dalam media sosial serta laman web perlu sentiasa dikemaskini untuk menarik ramai pelanggan. Peniaga tiada kesempatan untuk selalu mengemaskini kandungan kerana sibuk menumpukan perhatian kepada pengurusan bisnes.

Anda juga boleh belajar tentang SEO ( Search Engine Optimization). SEO ialah cara untuk memastikan laman web pelanggan sentiasa berada di atas dalam carian di Google dengan menggunakan kata kunci tertentu. Sebagai contoh, jika pengguna menulis kata kunci ‘Cara membuat kek ‘, enjin carian akan memaparkan laman web anda tentang cara membuat kek di ranking yang paling atas atau di page pertama enjin carian Google. Pengguna biasanya akan klik laman web yang berada di paling atas. Laman web anda akan menarik lebih ramai pengunjung. Apabila anda menjadi pakar dalam SEO anda boleh menarik minat perniagaan untuk menggunakan khidmat anda.

Anda boleh baca artikel:- 8 Teknik Asas SEO dalam perniagaan internet

Teruskan membaca artikel yang terdapat dalam blog ini untuk mendapatkan ilmu perniagaan internet supaya dapat membantu anda menambahkan pendapatan.

Anda boleh membaca artikel berikut yang berkaitan dengan perniagaan internet: –

i. Panduan Mudah Membina Laman Web Perniagaan dari ZERO!!!

ii. Rahsia menjadi jutawan internet dengan pantas

Langkah seterusnya, anda perlu mendaftar perniagaan internet. Anda boleh membaca artikel berikut untuk mendaftarkan perniagaan anda secara online:

Daftar dan Perbaharui Lesen Perniagaan secara online

Please share